Imejan terkini kelihatan mengesahkan satu laporan Reuters pada 21 Februari bahawa China telah hampir menyiapkan struktur yang bertujuan untuk menempatkan sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara (SAM) pada tiga kota kara terbesarnya di Kepulauan Spratly. Pengerahan bateri SAM ke Terumbu-terumbu Fiery Cross, Mischief, dan Subi adalah selaras dengan usaha China untuk menambah kemampuan pertahanannya di seluruh sembilan garis putus-putus. Struktur baru boleh dilihat dalam pelbagai peringkat pembinaan di bawah.

Lapan daripada bangunan ini sedang dibina di atas setiap daripada tiga kota kara tersebut. Setiap satu berukuran lebih kurang 66 kaki panjang dan 33 kaki lebar. Pegawai-pegawai risikan memberitahu Reuters bahawa terdapat bumbung boleh sentut di setiap bangunan konkrit itu. Ini akan membolehkan kenderaan pelancar-penegak-pengangkut yang membawa peluru berpandu—seperti sistem SAM HQ-9 yang telah dikerahkan China di Pulau Woody—diletakkan di dalam struktur untuk menembak daripada dalam tanpa terdedah.

Struktur-struktur ini di Terumbu-terumbu Fiery Cross, Mischief dan Subi memberikan beberapa potensi kelebihan. Tidak seperti HQ-9 di Pulau Woody yang ditutup hanya oleh jaringan penyamar, peluru berpandu di Kepulauan Spratly akan menikmati perlindungan, terutamanya air laut yang mengakis. Dengan bumbung ditutup, lindungan ini juga akan menyembunyikan pelancar daripada pandangan, menghalang pengawasan dari atas dan mencegah pihak lawan daripada mengetahui berapa banyak pelancar (jika ada) yang hadir pada masa tertentu. Akhir sekali, sekiranya berlaku konflik yang sebenar, struktur ini boleh menahan serangan tidak langsung atau tembakan senjata kecil. Struktur-struktur ini juga dibina amat dekat dengan titik-titik pertahanan yang dikenal pasti oleh AMTI pada bulan Disember, justeru diberi perlindungan tambahan.

China kelihatan telah memulakan pembinaan di bangunan tersebut antara akhir bulan September dan awal bulan November 2016. Ini menandakan struktur ini bukanlah reaksi kapad kitaran politik di Washington, tetapi sebaliknya sebahagian daripada corak yang stabil penenteraan China.  Seperti yang dijangkakan kementerian luar negara China memberi respons kepada laporan Reuters dengan mendakwa bahawa bangunan tersebut adalah kemudahan pertahanan yang “diperlukan dan wajar”.