China kelihatannya telah membina keupayaan titik pertahanan yang penting, dalam bentuk senjata api anti-pesawat dan barangkali sistem senjata dekat (CIWS), di setiap kota kara di Kepulauan Spratly. AMTI mula menjejaki (Bahasa Inggeris) pembinaan struktur berbentuk heksagon yang serupa di Fiery Cross, Mischief, dan Terumbu Subi pada bulan Jun dan Julai. Struktur tersebut kini nampaknya satu perkembangan daripada pengubuan pertahanan titik yang telah dibina di kemudahan China yang lebih kecil di Terumbu Gaven, Hughes, Johnson, dan Cuarteron.

Terumbu Gaven

Terumbu Hughes

China telah membina ibu pejabat yang hampir serupa di setiap daripada keempat-empat kepulauan buatan. Dua pepulau yang paling kecil, Terumbu Hughes dan Gaven, menonjolkan empat cabang yang dibina daripada struktur pusat ini. Di penghujung setiap cabang ini adalah platform berbentuk heksagon, kira-kira 30 kaki lebar. Cabang di sebelah timur laut dan barat daya berkemungkinan besar menempatkan senjata anti-pesawat (kira-kira 20 kaki panjang apabila diukur hingga ke hujung tong).  Dua platform yang lain menempatkan objek yang lebih kecil (kira-kira 10 kaki lebar) dan tongnya tidak kelihatan dengan jelas. Ini tidak dapat dikenal pasti secara muktamad, tetapi berkemungkinan adalah CIWS untuk melindungi daripada serangan peluru berpandu krus, menurut Laksamana Michael McDevitt (Bersara) daripada Pusat Analisis Tentera Laut dan Cortez Cooper daripada RAND dalam podcast baru.

Terumbu Johnson

China telah mengubah suai rangka tindakan ini untuk kemudahannya di Terumbu Johnson. Kemudahan pusatnya hanya mempunyai dua cabang, dengan bahagian selatannya dilengkapi senjata api antipesawat yang sama (yang ditutupi tarpaul dalam imej terkini tetapi dapat dilihat sebelum ini) dan di bahagian utaranya nampaknya terdapat satu CIWS. Satu lagi senjata api dan barangkali CIWS, bersama-sama radar, telah dibina di atas struktur yang berasingan, terdiri daripada tiga menara heksagon di sebelah timur pulau buatan ini. Struktur ini kelihatannya adalah pelopor yang kurang kompleks berbanding struktur yang dibina baru-baru ini di Terumbu Fiery Cross, Mischief, dan Subi.

Terumbu Cuarteron

Di Terumbu Cuarteron, pulau buatan terakhir daripada empat pulau buatan kecil yang telah siap, sistem pertahanan titik telah terpisah sepenuhnya dari bangunan ibu pejabat pusat.  Di penghujung bahagian timur laut dan barat daya pepulau ini terdapat struktur yang serupa dengan struktur yang dibina di Terumbu Johnson, termasuk senjata api anti-pesawat, barangkali CIWS dan radar.

Model ini telah melalui satu lagi perkembangan di pangkalan-pangkalan China yang lebih besar di Terumbu Fiery Cross, Subi, dan Mischief. Setiap satu daripada model tersebut terdapat empat struktur, yang mengandungi menara heksagon bertingkat yang menghala ke arah laut. Struktur ini dibina agar sebarang senjata anti-pesawat dan pemasangan senjata api anti-pesawat dan CIWS yang diletakkan padanya akan melitupi segala penghampiran ke pangkalan tersebut dengan medan tembakan yang bertindih. Imej AMTI awal (Bahasa Inggeris) pembinaan bangunan ini menunjukkan bahawa setiap satu mempunyai enam struktur heksagon di dalam yang mengelilingi menara pusat. Sejak itu, tiga daripada heksagon luaran telah ditanam, sementara yang lain telah dibina dalam corak bertingkat, dengan bahagian di hadapannya (menghadap keluar), dibina lebih rendah daripada struktur yang di belakang. Kesemua struktur tersebut kecuali satu di Fiery Cross juga berlatarkan menara yang jauh lebih tinggi yang mempunyai beberapa teres.  Menara ini berkemungkinan mengandungi radar sasaran dan sistem lain yang diperlukan untuk operasi pertahanan titik yang maju. Struktur di Fiery Cross yang tidak mempunyai menara ini dibina bersisi dengan landasan pangkalan dan mungkin disambungkan dengan radar dan sistem komunikasi di lapangan terbang.

Terumbu Fiery Cross

Pembinaan keempat-empat struktur ini telah selesai di Terumbu Fiery Cross, dan penutup telah diletakkan di atas pertahanan titik yang dipasang di atas menara heksagon pusat dan dua lagi yang berada di hadapannya. Namun saiz platform (yang sepadan dengan menara di empat pulau buatan yang lebih kecil) dan penutupnya menggambarkan sistem yang serupa dengan yang berada di Terumbu Gaven, Hughes, Johnson dan Cuarteron.

Terumbu Mischief

Di Terumbu Mischief, dua daripada empat struktur telah siap dibina dengan penutupnya yang melitupi sistem yang dipasang di sana. Dua lagi masih dibina, dengan tanah terusik menunjukkan tempat tiga kebuk yang telah ditanam. Satu daripadanya mempunyai penutup yang melitupi bahagian depan dua platform, sementara yang lain mempunyai ruang untuk sistem yang belum dipasang lagi. Ketiga-tiga platform di struktur keempat adalah kosong, tetapi jelas daripada ruang yang dibiarkan kosong di atas platform bahawa dua daripada sistem yang akan dipasang di hadapanadalah lebih kecil daripada struktur yang terletak di atas platform pusat. Ini adalah selaras dengan corak senjata api anti-pesawat yang lebih besar dan barangkali CIWS yang dilihat di pepulau kecil lain.

Terumbu Subi

Di Terumbu Subi, kelihatan hanya satu daripada empat struktur telah dipasang pertahanan titiknya, sementara yang lain adalah ruang kosong yang bakal dilengkapi senjata api.

Perletakan senjata api dan barangkali CIWS menunjukkan bahawa Beijing serius tentang pertahanan pulau buatan ini sekiranya berlaku kontingensi bersenjata di Laut China Selatan. Antara lain, ini bakal berfungsi sebagai barisan pertahanan yang terakhir sekiranya pangkalan udara yang akan beroperasi tidak lama lagi ini berhadapan dengan pelancaran peluru berpandu krus oleh Amerika Syarikat atau negara-negara lain Barisan pertahanan ini bakal menyokong payung pertahanan yang akan disediakan oleh pengerahan masa depan platform misil permukaan ke udara mudah alih (SAM) ke Kepulauan Spratlys, seperti HQ-9 yang dikerahkan ke Pulau Woody di Kepulauan Paracel. Kerahan tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa, dan Fox News telah melaporkan (Bahasa Inggeris) bahawa komponen sistem SAM telah dikesan di bahagian barat daya pelabuhan Jieyang di China, dengan kemungkinan ia bertuju ke Laut China Selatan.