TENTANG AMTI


Pusat graviti hal ehwal dunia telah beralih ke Asia. Tiada rantau lain yang akan lebih menentukan samada abad ke-21 akan aman makmur atau tidak. Oleh itu, adalah sangat mustahak agar negara-negara Pasifik mencuba sedaya-upaya mengurangkan risiko konflik berlaku secara tersengaja atau tanpa niat.

Persekitaran maritim di Asia Timur menjanjikan kedua-dua harapan dan cabaran. Rantau Indo-Pasifik adalah tuan rumah laluan-laluan kapal yang paling penting di dunia, yang memudahkan perdagangan rantau dalam jumlah yang amat besar, dan yang memiliki sumber asli yang sangat banyak. Walaubagaimanapun, persaingan tuntutan wilayah, kejadian antara negara-negara jiran, dan penenteraan yang semakin meluas meningkatkan kemungkinan kejadian terpencil di lautan menjadi bencana geopolitik. Semua ini sedang berlaku dalam keadaan agak kabur. Hal geografi menyukarkan pemantauan kejadian, dan tiada pihak berautoriti dipercayai yang dapat memberi perkembangan maritim.

Inisiatif Ketelusan Maritim Asia berusaha menukar keadaan ini. AMTI adalah cetusan idea reka bentuk CSIS. Inisiatif ini ialah sumber interaktif yang kerap dikemas kini untuk maklumat, analisis dan pertukaran dasar tentang isu keselamatan maritim di Asia. AMTI bertujuan menggalakkan ketelusan di Indo-Pasifik bagi menghalang tingkah laku mendesak dan konflik serta menjana peluang bekerjasama dan membentuk kepercayaan. Memandangkan AMTI berhasrat menyediakan platform objektif untuk pertukaran, AMTI dan CSIS tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam tuntutan wilayah atau maritim. Untuk memastikan keselarasan, semua lokasi geografi dikenal pasti menurut kaedah penamaan kerajaan Amerika Syarikat yang ditetapkan oleh Lembaga A.S. bagi Nama Geografi.

Teras AMTI bergantung kepada integriti maklumat yang kami kemukakan. AMTI menggabung maklumat daripada sumber berita, serta organisasi penyelidikan dan bukan untung, institusi sektor awam di Asia, dan individu. Ada kemungkinan jarang di mana AMTI akan diminta merahsiakan sumber sesuatu maklumat. Kami akan melakukannya dengan kes-kes terpilih dengan syarat maklumat tersebut lulus proses pemeriksaan kami yang ketat dan adalah demi kepentingan projek ini.

Sebelum menyiarkan sebarang bahan, pasukan AMTI akan meneliti semua maklumat menggunakan proses pemeriksaan berbilang peringkat. Proses tersebut berpandukan empat soalan yang berikut:

  • Adakah sumber maklumat itu boleh dipercayai? Adakah sumber sewajarnya mengetahui perkara yang didakwa diketahui?
  • Adakah terdapat bukti sokongan? Adakah terdapat sumber lain yang boleh dipercayai yang memberikan laporan yang sama tentang peristiwa atau kejadian yang sama?
  • Adakah terdapat bukti yang langsung bercanggah dengan laporan ini? Jika ada, sejauh manakah sumber bukti itu boleh dipercayai, dan adakah bukti itu boleh disahkan oleh sumber tambahan?
  • Jika terdapat laporan yang bercanggah tetapi boleh dipercayai tentang peristiwa yang sama, bagaimanakah cendekiawan yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai negara-negara terlibat mentafsirkan peristiwa itu?

Adakalanya terdapat keadaan apabila AMTI tidak dapat menyahcanggahkan laporan yang bercanggah tetapi boleh dipercayai tentang peristiwa yang sama. Dalam situasi seperti ini, kami akan mengikut keputusan lembaga penasihat sama ada menyiarkan peristiwa dengan memaparkan pelbagai laporan munasabah, atau menunggu maklumat selanjutnya.

Penyumbang editorial AMTI menjalankan analisis mereka dalam kapasiti peribadi mengikut pertimbangan dan kepakaran yang diperolehi sebagai cendekiawan dan pegawai. Semua penyumbang memiliki kebebasan intelektual dalam ulasan mereka, dan telah dijemput untuk berkongsi perspektif peribadi dan negara mereka. Matlamat AMTI bukan untuk menggalakkan pandangan yang tertentu, tetapi bertindak sebagai gedung penjelasan bagi pendapat yang mencapah berdasarkan set fakta yang sama.

AMTI ditubuhkan dengan pendanaan dalaman Asia Program dan geran permulaan daripada Brzezinski Institute on Geostrategy. CSIS kini dalam proses meminta sokongan dana daripada kerajaan-kerajaan di Asia, para korporat dan yayasan. Kami akan mengemas kini senarai pemberi dana dalam bulan-bulan yang akan datang. Untuk mengetahui lebih bagaimana menyokong AMTI, sila hubungi kami.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AMTI, sila hubungi Pengarah Inisiatif, Gregory Poling, di AMTI@csis.org.

KEPIMPINAN AMTI


Mike Green

Dr. Michael Green
Naib Presiden Kanan untuk Asia dan Kerusi Jepun

Michael Jonathan Green adalah naib presiden kanan untuk Asia dan Kerusi Jepun di Pusat untuk Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dan merupakan profesor madya di Edmund A. Walsh School of Foreign Service di Universiti Georgetown.

Gregory Poling

Gregory Poling
Pengarah

Gregory B. Poling adalah pengarah Asia Maritime Transparency Initiative dan felow dengan Program Asia Tenggara di CSIS. Beliau menyelia penyelidikan tentang dasar asing A.S. di Asia Pasifik, dengan fokus khusus terhadap domain maritim dan negara-negara Asia Tenggara. Minat penyelidikannya termasuk pertikaian Laut China Selatan, pendemokrasian di Asia Tenggara dan fahaman pelbagai hala warga Asia.

Editorial Contributors


Michael J. Green, CSIS
Victor Cha, CSIS
Ernest Z. Bower, CSIS
Christopher K. Johnson, CSIS
Bonnie S. Glaser, CSIS
Richard M. Rossow, CSIS
Andrew Kuchins, CSIS
Matthew Waxman, Columbia Law School
Gary Roughead, Institusi Hoover dan
Bekas Ketua Operasi Tentera Laut AS

Yann-huei Song, Academia Sinica, Taiwan
Rory Medcalf, Institut Lowy
untuk Dasar Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Australia

Tetsuo Kotani, Institut Hal Ehwal Antarabangsa Jepun
Shin Chang-Hoon, Institut Asan, Korea
Zhu Feng, Universiti Nanjing, China
Renato Cruz de Castro,
Universiti De La Salle, Filipina
Tran Truong Thuy, Akademi Diplomatik Vietnam
Nicholas Khoo, Universiti Otago, New Zealand

LEMBAGA PENASIHAT


Michael J. Green, Naib Presiden Kanan untuk Program Asia dan Kerusi Jepun, CSIS
Victor Cha, Penasihat Kanan dan Kerusi Korea, CSIS
Ernest Z. Bower, Penasihat Kanan dan Kerusi Sumitro untuk Pengajian Asia Tenggara, CSIS
Christopher K. Johnson, Penasihat Kanan dan Kerusi Freeman dalam Pengajian China, CSIS
Bonnie S. Glaser, Penasihat Kanan untuk Asia, Kerusi Freeman dalam Pengajian China, CSIS
Richard M. Rossow, Felow Kanan dan Kerusi Wadhwani dalam Pengajian Dasar AS-India, CSIS
Craig Cohen, Naib Presiden Eksekutif, CSIS
Zack Cooper, Felow, Kerusi Jepun, CSIS
Nicholas Szechenyi, Timbalan Pengarah dan Felow Kanan, Kerusi Jepun, CSIS

Ex Officio Board


John J. Hamre, Presiden, CEO, Kerusi Pritzker, CSIS
Kathleen H. Hicks, VP Kanan, Kerusi Henry A. Kissinger, dan Pengarah, Program Keselamatan Antarabangsa, CSIS
James A. Lewis, Pengarah dan Felow Kanan, Program Teknologi Strategik, CSIS
Andrew Kuchins, Pengarah dan Felow Kanan, Program Rusia dan Eurasia, CSIS

PASUKAN PEMBANGUNAN WEB


AMTI adalah hasil daripada Andreas C. Dracopoulos Family Ideas Lab, media dalam syarikat dan studio reka bentuk interaktif di Pusat untuk Pengajian Strategik dan Antarabangsa.

Paul Franz — Ketua Pembangun dan Pengurus Projek
Jacque Schrag — Developer
Alison Bours — Ketua Reka Bentuk Visual
Willa Hine — Pembangun Baris depan
Sam Ellis, Nirja Desai, dan Caroline Amenabar — Infografik dan Reka Bentuk Gerakan

Soalan? E-mel kepada kami.