Walaupun perkembangan China di tujuh kota karanya di Kepulauan Spratly telah mendominasi tajuk akhbar sejak pengorekan berskala besar bermula pada hujung tahun 2013, usaha untuk menaik taraf kemampuannya di Kepulauan Paracel jauh di utara telah menerima perhatian yang sedikit secara relatif. Namun rantaian pulau ini memainkan peranan penting dalam matlamat China untuk memantapkan pengawasan dan kemampuan unjuran kuasa di sepanjang Laut China Selatan. Setakat ini, Beijing telah melakukan naik taraf yang cukup banyak untuk infrastruktur ketenteraannya di Kepulauan Paracel.
China menduduki 20 kota kara di Kepulauan Paracel. Sebagaimana yang dilihat di dalam peta di atas, tiga daripada ini kini mempunyai pelabuhan terlindung yang mampu menempatkan sebilangan besar kapal tentera laut dan kapal awam. Empat yang lain mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang lebih kecil, dengan satu perlima sedang dibina di Pulau Drummond. Lima daripada pulau-pulau tersebut mengandungi helipad, dengan Pulau Duncan menempatkan pangkalan helikopter penuh. Dan pulau terbesar di Paracel, Pulau Woody, terdapat landasan terbang kecil, hangar, dan pengerahan bateri peluru berpandu permukaan-ke-udara HQ-9.
Pulau Woody
Pulau Woody, yang telah diperbesarkan untuk menggabungkan jirannya yang kecil Pulau Rocky, adalah pangkalan tentera China utama di Kepulauan Paracel serta ibu pejabat pentadbiran rasminya bagi rantaian tiga pulau yang dituntutnya di Laut China Selatan (Pulau Xisha atau Paracel, Pulau Nansha atau Spratly, dan Zhongsha, melingkungi Tebing Macclesfield dan Gosong Scarborough). Dalam beberapa tahun yang lalu, China telah menjalankan penebusgunaan tanah yang besar untuk membesarkan Pulau Woody dan membina kemudahan baru. China telah menaik taraf dengan banyak dua pelabuhan terlindung di pulau tersebut, dan menaik taraf pangkalan udaranya untuk merangkumi 16 hangar kecil untuk pesawat tempur serta empat hangar yang lebih besar. Paling membimbangkan, China pada awal tahun 2016, mengerahkan peluru berpandu permukaan-ke-udara HQ-9 ke pulau tersebut. Meskipun laporan pada bulan Julai mengatakan bahawa platform peluru berpandu tersebut telah tiada, peluru berpandu masih kelihatan dikerahkan di sepanjang pantai utara Woody. China juga telah melakukan tembakan ujian peluru berpandu krus antikapal dari pulau tersebut pada pertengahan 2016, namun tidak jelas sama ada atau tidak platform tersebut masih kekal. Sejak tahun 2013, Pulau Woody telah digunakan sebagai rangka tindakan untuk naik taraf di tiga pangkalan terbesar China di Kepulauan Spratly, Terumbu Fiery Cross, Subi, dan Mischief. Oleh itu, adalah wajar untuk menganggap bahawa pangkalan-pangkalan tersebut mungkin tidak lama lagi menempatkan kemampuan yang sama dengan di Pulau Woody, termasuk peluru berpandu permukaan-ke-udara dan peluru berpandu krus.
Pulau Palm/Duncan
Pulau-pulau Palm dan Duncan, yang telah disambungkan oleh jambatan darat, merangkumi pangkalan ketenteraan paling maju kedua China di Kepulauan Paracel. Kawasan di antara dua pulau ini telah dikorek dan dijadikan pelabuhan yang besar. Selain itu, pulau tersebut menempatkan pangkalan helikopter termasuk hangar dan lapan helipad. Seperti mana tekaan yang lain, pangkalan ini boleh memainkan peranan penting dalam usaha peperangan anti-kapal selam China.
Pulau Tree
Pulau Tree telah dinaikkan taraf secara mendadak pada tahun yang lepas. China telah mengorek pelabuhan baru di hujung barat daya pulau kecil ini, membesarkan kawasan daratnya dengan lebih banyak dalam proses tersebut. Pembinaan baru di kawasan yang dibesarkan ini termasuk radom dan struktur tertanam yang besar sama dengan yang dibina sebelumnya di Pulau Woody dan Terumbu Fiery Cross, Subi dan Mischief.
Pulau North dan Middle
China telah menebusguna tanah baru di hujung selatan Pulau North dan telah mula membina kemudahan baru di atasnya. Kehadiran loji simen menandakan pembinaan akan berterusan dan pulau tersebut mungkin akan menempatkan infrastruktur ketenteraan yang besar seperti di Kepulauan Paracel. China juga membina jambatan darat ke Pulau Middle yang bersebelahan, namun ini telah dihanyutkan oleh Taufan Sarika pada bulan Oktober 2016. Tidak jelas sama ada China telah meninggalkan kegiatan ini atau akan membina semula jambatan tersebut dalam usaha untuk menyatukan dua pulau kecil tersebut.
Pulau Triton
Pulau Triton adalah salah satu daripada empat Kepulauan Paracel yang kelihatan telah sedia mengandungi pelabuhan kecil sebelum pembinaan semasa tidak terhenti. Namun kemudahannya telah dibesarkan baru-baru ini, termasuk dengan helipad yang baru. Pulau ini juga adalah unik kerana menempatkan bendera China dan tulisan Cina yang besar, kedua-duanya boleh dilihat dari satelit atau pengawasan udara, mengisytiharkan kedaulatan China ke atas Kepulauan Paracel.
Pulau Pattle
Seperti Triton, Pulau Pattle merangkumi pelabuhan kecil dan helipad, dan pembinaan kemudahan yang baru kelihatan baru-baru ini.
Pulau Lincoln
Pulau Lincoln mempunyai pelabuhan yang kecil, namun tiada infrastruktur udara sehingga kini.
Pulau Money
Pulau Money, seperti Triton dan Pattle, menempatkan pelabuhan kecil yang berkepung dan helipad, serta sebilangan struktur yang semakin meningkat.
Pulau Drummond
Pulau Drummond sehingga kini tidak menempatkan infrastruktur ketenteraan yang besar. Namun China sedang dalam proses mengorek pelabuhan baru untuk pulau tersebut.
Terumbu Antelope, Tebing Pemerhatian dan Pulau Quanfu dan Yagong
Bukan semua kota kara China di Kepulauan Paracel kini menempatkan infrastruktur yang besar dan banyak yang mengandungi tidak lebih daripada satu atau dua bangunan (termasuk dua dengan hanya rumah api). Empat secara khususnya, di Terumbu Antelope, Tebing Pemerhatian, Pulau Quanfu dan Pulau Yagong, adalah sedikit lebih daripada beting-beting. Namun kehadiran bangunan kecil dan bahan pembinaan menandakan China mungkin bersedia untuk membesarkan ciri-ciri tersebut.