Vietnam meneruskan usaha untuk menaik taraf kemudahannya di Kepulauan Spratly secara senyap, walaupun kelihatan tidak menghadapi tindak balas yang sama daripada pasukan militia maritim China sebagaimana yang telah dihadapi oleh Filipina. Vietnam menduduki 49 pangkalan merentas 27 ciri dalam kawasan Kepulauan Spratly. Daripada 27 ciri tersebut, hanya 10 boleh digelar pulau kecil manakala kebanyakan yang lain adalah terumbu dan tebing bawah air.

Pulau Spratly ialah pangkalan Vietnam yang terbesar dan merupakan pusat pentadbiran bagi kehadirannya di kawasan tersebut. Pada tahun 2015-16, Vietnam telah meluaskan pulau itu untuk memperluaskan landasan kapal terbang kecilnya dan mewujudkan sebuah pelabuhan yang terlindung. Secara keseluruhan, Hanoi telah mewujudkan kira-kira 40 ekar tanah baru di Pulau Spratly melalui proses yang melibatkan penggunaan peralatan pembinaan untuk mengorek sebahagian daripada terumbu yang berada di sekeliling pulau tersebut dan menimbusnya dengan pasir.  Proses ini lebih memakan masa dan lebih mesra alam sekitar daripada kaedah yang digunakan untuk kerja-kerja pengorekan dan penebusgunaan tanah skala industri oleh China di kemudahannya di Kepulauan Spratly, tetapi masih melibatkan pemusnahan terumbu karang.

Sejak kali terakhir AMTI menerbitkan tinjauan tentang semua kemudahan Vietnam pada pertengahan tahun 2017, Hanoi telah meneruskan kerja-kerja naik taraf sederhana di pulau itu. Semua bangunan yang dibina dalam tempoh dua tahun yang lalu diserlahkan di bawah.

Perluasan pulau itu telah membolehkan Vietnam untuk meluaskan landasan kapal terbangnya—satu-satu yang dimilikinya di Kepulauan Spratly—ke 1,300 meter panjang dari hanya 750. Sejak tahun 2017, Hanoi telah membuat kerja-kerja akhir di bahagian hujung landasan udara itu. Pada pertengahan tahun itu, Hanoi telah menyiapkan dua set hangar yang besar di kedua-dua hujung landasan kapal terbang itu. Keempat-empat hangar ini berkemungkinan besar bertujuan untuk meletakkan pesawat pengawasan maritim PZL M28B dan pesawat pengangkutan CASA C-295 Vietnam atau aset serupa yang diperoleh pada masa hadapan.

Di hujung timur laut pulau tersebut, Hanoi telah membina sepasang kemudahan risikan isyarat atau komunikasi yang besar, di mana satu daripadanya telah dipasang radom di atasnya pada tahun 2018.  Tambahan pula, segugusan bangunan telah dibina di kawasan kambus tanah baru di samping pelabuhan buatan pulau itu. Kebanyakan daripadanya telah dipasang panel suria di atasnya dan sebidang padang sukan baru telah dibina di sebelah bangunan pentadbiran utama pulau itu, yang juga telah menerima panel-panel solar yang baru. Untuk melindungi kesemua tanah yang baru dibentuk ini daripada ribut kuat, Vietnam telah mengorek satu siri saluran yang teliti di sepanjang pinggir pulau tersebut — sebuah ciri yang kelihatan di beberapa pegangannya yang telah dibesarkan di Kepulauan Spratly.

Selain dari Pulau Spratly, Vietnam telah membuat beberapa penambahbaikan sederhana di kai kecil yang didudukinya di Terumbu Pearson (ia juga mempunyai sebuah kemudahan jenis kubu kecil yang dibina di bahagian lain terumbu tersebut). Hanoi telah menambah kira-kira 6 ekar tanah baru pada pulau kecil tersebut di Pearson sebelum tahun 2014 dan menjalankan kerja naik taraf kemudahan dari tahun 2016, termasuk pembinaan sebuah helipad, panel-panel suria dan penanaman sayur-sayuran merentas kawasan kambus tanah yang baru. Sejak pertengahan tahun 2017, sebuah radom besar telah dipasang di atas bumbung bangunan di sebelah barat pulau kecil itu, yang menunjukkan penambahbaikan pada keupayaan risikan atau komunikasi isyarat.  Penanaman tumbuh-tumbuhan merentas kawasan kambus tanah buatan, yang dianggap ditanam untuk mengelakkan hakisan, juga kelihatannya telah siap.

Kebanyakan daripada pegangan Vietnam tidak terletak di pulau-pulau kecil asli seperti Spratly dan Pearson, tetapi sebaliknya terletak di pinggir elevasi air surut dan terumbu atau tebing bawah air.  Kebanyakan daripadanya adalah 25 struktur ala kubu kecil yang dibina di atas terumbu di sekeliling Spratly. Sejak pertengahan tahun 2017, dua daripadanya—di Terumbu Petley dan South—telah diluaskan dengan penambahan struktur yang kedua. Kemudahan di Petley telah selesai pada akhir tahun 2018 sementara pembinaan masih lagi berjalan di Terumbu Selatan, berdasarkan  imej terkini.

Di sebelah barat daya terumbu dan pulau kecil Spratly adalah enam tebing bawah air yang Vietnam anggap sebagai sebahagian daripada pentas benuanya tetapi juga dituntut oleh China dan Taiwan sebagai sebahagian daripada kepulauan Nansha (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada Kepulauan Spratly). Vietnam telah membina 14 pangkalan di kawasan ini, yang digelar “stesen perkhidmatan ekonomi, saintifik dan teknologi,” atau Dịch vụ-Khoa (DK1). Tebing bawah air ini dikelilingi blok-blok minyak dan gas yang Vietnam telah memberi lesen kepada syarikat-syakirat tenaga asing untuk membuat kerja-kerja penerokaan walaupun dibantahi China. Hanoi telah dipaksa untuk mengantungkan dua daripada kontrak tersebut sejak tahun 2017, dilaporkan selepas ancaman ganas dari China. Sejak pertengahan tahun 2017, empat platform DK1 di Tebing Prince of Wales dan Grainger telah diluaskan dengan pemasangan struktur berbilang tingkat yang kedua dan helipad yang lebih besar. Platform ini menyertai perluasan lain antara tahun 2016 dan 2017.

Kelihatannya, tanpa mengira faktor-faktor luar, sama ada semasa rundingan dan dalam ketenangan atau tegangan dan ancaman keganasan, Hanoi komited untuk menjalankan perluasan yang berterusan tetapi pada skala yang sederhana terhadap keupayaannya di sekeliling Kepulauan Spratly. Vietnam belum cuba untuk melibatkan dirinya dalam usaha petenteraan ciri-cirinya seperti China; tiada tanda-tanda kemudahan yang dibina, contohnya, untuk menempatkan jet pejuang.  Sebaliknya, kerja naik taraf Hanoi kelihatannya lebih menjurus kepada pengembangan keupayaannya untuk memantau dan mengawal kawasan perairan yang dipertikaikan. Terutama sekali dalam kes kubu kecilnya dan platform DK1, ia mahu meningkatkan keadaan kehidupan dan memastikan bahawa ia boleh membekal semua melalui udara jika perlu.

Bonus: More Patriotic Artwork

Pada bulan Februari, AMTI menyatakan bahawa Manila telah melukis bendera Filipina di atas salah satu bumbung kemudahannya di Kai Loaita, yang menyaingi paparan seni patriotik serupa oleh Vietnam di atas sebuah bumbung Pulau Spratly dan China di pantai di Pulau Triton di Paracel. Tidak mahu kalah, China telah memperbesarkan paparannya di Triton dalam bulan-bulan kebelakangan ini. China telah menutupi paparan asal dengan paparan baru yang menunjukkan kedua-dua bendera Republik Rakyat China dan Parti Komunis China. Di bawahnya masih tertulis 祖国万岁 (Hidup tanah air), sementara di bawah paparan kedua, telah ditambah 党辉永耀 (Kegemilangan parti akan terus kekal).