Pada akhir musim panas setiap tahun, Beijing mengangkat sekatan terhadap perikanan tahunannya di Laut China Timur dan ratusan kapal China menyertai rakan sejawatnya dari Taiwan dan Jepun untuk permulaan musim perikanan di perairan tersebut. Di antara 5 dan 9 Ogos 2016, hanya beberapa hari selepas tamat sekatan pada tahun lepas, 200-300 bot perikanan Cina yang diiringi oleh 16 kapal Pengawal Pantai China (CCG) telah tiba di perairan berdekatan dengan Kepulauan Senkaku yang dipertikaikan. Kebanyakan bot itu telah memasuki secara berulang kali 12 batu nautika wilayah lautan di sekitar kepulauan kecil tersebut. Flotila tersebut, yang tampaknya telah disokong, jika tidak dianjurkan secara tidak langsung oleh pihak berkuasa China, menyebabkan perselisihan yang tegang dengan Pengawal Pantai Jepun.

Pemerhati Laut China Timur menghabiskan musim panas ini merasa bimbang andai ketegangan seperti ini berulang lagi apabila sekatan perikanan ditamatkan sekali lagi pada 1 Ogos. Mujurlah, tiada laporan insiden besar antara anak kapal perikanan dan kapal penguatkuasa undang-undang serantau di sekitar Senkaku pada akhir musim panas dan musim luruh. Dan data yang dikumpulkan oleh AMTI memberi keyakinan kepada idea yang kapal-kapal perikanan telah menjadi kurang provokatif dalam operasi mereka di sekitar kepulauan kecil tersebut— sehingga ia mungkin menunjukkan usaha oleh kerajaan di China yang bertujuan untuk menyekat kapal perikanannya dan mengelakkan peningkatan ketegangan.



AMTI menjejak laluan 380 kapal perikanan yang berbendera China, Jepun, Taiwan atau negara yang tidak diketahui berdekatan dengan Senkaku dari 31 Julai hingga 18 Oktober menggunakan data Sistem Pengenalan Automatik (AIS) yang disediakan oleh Windward, sebuah syarikat analisis data maritim. Kaedah ini tidak dapat menjejak kapal-kapal kecil yang tidak dikehendaki untuk membawa penghantar-terima AIS, atau kapal-kapal yang secara sengaja melumpuhkan atau mengubah sistemnya. Selain itu, isyarat-isyarat AIS, terutamanya daripada penghantar-terima yang lebih lama dan kurang berkuasa, biasanya hilang di kawasan yang sesak dan perairan jauh di mana satelit dan bukan stesen yang berpangkalan di darat memberikan satu-satunya kaedah pengumpulan.  Namun begitu, 380 buah kapal itu menerangkan lebih kurang 8,700 penghantaran AIS (termasuk lebih kurang 4,600 isyarat daripada kapal berbendera China) dan memberi gambaran yang baik terhadap keseluruhan keadaan di sekitar Kepulauan Senkaku.



Dari Ogos hingga Oktober, bot-bot perikanan dari China dan Taiwan tidak hanya berada di luar laut wilayah 12 batu nautika di sekitar Kepulauan Senkaku—bot-bot ini secara besar-besaran mengelak memasuki zon bersempadan 24 batu nautika. Jepun sangat sensitif mengenai aktiviti asing dalam zon ini, di mana Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut hanya memberikan hak dasar yang terhad kepada negara untuk perkara-perkara seperti pelanggaran kastam dan imigresen. Untuk kebanyakan sebab, kawasan dalam zon bersempadan ini secara undang-undang tidak dapat dibezakan daripada kawasan di luarnya. Hakikatnya, terlalu banyak aktiviti perikanan semasa tempoh ini telah dikelompokkan di sekitar pinggir zon bersempadan ini dan mungkin oleh itu menunjukkan usaha kerajaan, terutamanya oleh China, untuk menasihati kapal-kapal yang menjalankan perikanan di bawah bendera China daripada memprovokasi pihak berkuasa Jepun.



Tambahan pula, daripada semua kapal-kapal perikanan yang dipantau di sekitar Kepulauan Senkaku semasa tempoh ini, hanya tiga yang memasuki laut wilayah di sekitar kepulauan kecil tersebut. Ketiga-tiga kapal tersebut adalah kapal Taiwan dan berdasarkan laluan mereka, boleh dipercayai bahawa mereka hanya singgah dan tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti perikanan ketika berada di perairan tersebut.

Aktiviti CCG di sekitar Kepulauan Senkaku untuk beberapa bulan kebelakangan ini turut menceritakan kisah yang sama. Selepas keadaan runcing pada akhir Ogos lalu semasa insiden flotila perikanan, saiz dan kekerapan rondaan di sekitar kepulauan kecil tersebut berakhir kepada keadaan normal yang baru, sekalipun sedikit meningkat. Kebanyakan bulan pada tahun ini melihat 10 atau 12 kapal CCG memasuki laut wilayah Kepulauan Senkaku—peningkatan daripada status quo sebelum ini sebanyak 8 hingga 10 setiap bulan yang mengatasi dari akhir 2014 sehingga Ogos 2016. Hanya empat buah kapal CCG memasuki laut wilayah tersebut pada bulan Oktober dan tujuh buah pada bulan November 2017, tetapi ia masih tidak jelas sama ada kapal-kapal tersebut adalah janggal atau menunjukkan pengurangan yang lebih mapan.

Dengan China mengadakan Kongres Parti ke-19 dan Jepun menganjurkan pilihan raya pantas pada akhir bulan Oktober, suatu insiden di sekitar Kepulauan Senkaku boleh membawa dinamik yang tidak diingini dan sukar dikawal pada masa yang sensitif secara politik untuk kedua-dua buah negara. Sebaliknya, Beijing dan Tokyo nampaknya bersungguh untuk memajukan pemulihan hubungan baik sementara. Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bahkan menyambut “permulaan yang baru” dalam hubungan China-Jepun selepas berjumpa dengan Presiden China Xi Jinping di sampingan persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Vietnam pada bulan November. Dengan tuntutan mendasari yang tidak berubah dan kedua-dua pihak berazam untuk meneruskan aktiviti-aktiviti mereka di sekitar kepulauan tersebut, ketegangan berkaitan Kepulauan Senkaku berkemungkinan untuk meruncing sekali lagi. Namun bulan-bulan kebelakangan ini telah menunjukkan bahawa China berkemampuan untuk menyekat kapal perikanannya di Laut China Timur.