Satu Tahun AMTI


Inisiatif Ketelusan Maritim Asia kini meraikan tahun pertamanya. Daripada penebusgunaan tanah berterusan di Pulau Spratly kepada ketegangan meningkat antara China dan Amerika Syarikat serta kedinginan berterusan antara Beijing dan Tokyo di Laut China Timur, 12 bulan yang lepas hanya memperkukuhkan keperluan untuk ketelusan yang lebih dalam perairan bertanding Asia. AMTI kekal percaya bahawa cahaya matahari ialah kedua-dua antiseptik terbaik dan polis paling berkesan. Dengan ketegangan maritim Asia berkemungkinan meningkat selanjutnya pada tahun 2016, komitmen kepada ketelusan hanya akan berkembang seperti yang diperlukan.

Michael Green, naib presiden kanan Asia dan pemegang kerusi Jepun di CSIS, Lieutenant General Chip Gregson, penasihat kanan di Avascent International, dan Andrew Shearer, bekas penasihat keselamatan negara kepada kerajaan Australia dan felo [VISITING] CSIS, baru-baru ini bersama-sama dengan pengarah AMTI  Gregory Poling untuk membincangkan perairan yang ditandingkan di Asia. Dengar di bawah apabila tiga pakar memberikan pendapat mereka mengenai ancaman yang berkembang akibat pertikaian maritim di Asia, pertaruhan yang meningkat bagi Amerika Syarikat dan rakan-rakan serantau, dan apa yang perlu dijangkakan pada tahun 2016 dan seterusnya.

DENGAR SEKARANG (Bahasa Inggeris)

12 bulan sebelumnya telah menampakkan perubahan mengejut kepada status quo di Asia maritim, dan sama ada di Lautan India, Laut China Selatan dan Laut China Timur, atau lain, AMTI telah berusaha meningkatkan ketelusan dan pemahaman mengenai pembangunan rumit ini. Berikut ialah beberapa kisah utama perkembangan di Asia maritim yang berlaku dalam masa setahun , yang perlu diberi perhatian untuk tahun akan datang.

 

 

PENAMBAKAN TANAH


Perubahan paling ketara di Asia maritim pada tahun 2014-2015 ialah penebusgunaan dan pembinaan mengejutkan di Pulau Spratly yang dipertikaikan. Apabila AMTI dilancarkan pada bulan November 2014, hanya beberapa ciri terumbu yang diduduki China (Gaven, Cuarteron, Hughes, dan Johnson) telah mula menyerupai pulau selepas pengorekan dan penebusgunaan besar. Sejak itu, jejak China dalam Spratlys telah berkembang meliputi tujuh buah pulau, tiga daripadanya yang telah pun bekembang atau akan berkembang mempunyai landasan kecil gred ketenteraan. Pembangunan ini telah menjadi tajuk berita di seluruh dunia dan mempunyai implikasi ketara untuk A.S. dan strategi negara lain serantau.

LIHAT SELANJUTNYA DARIPADA AMTI

Ciri-ciri

Analisis (Bahasa Inggeris)

 

 

PENIMBANGTARAAN FILIPINA LWN. Cina


Pada bulan Januari 2013, Filipina telah memulakan prosiding penimbangtaraan terhadap China melalui tribunal di Mahkamah Penimbangtaraan Kekal di Hague. Manila mencabar apa yang dilihat sebagai tuntutan berlebihan Beijing di Laut China Selatan. China  telah enggan menyertai penimbangtaraan tersebut, tetapi  ini tidak menghentikan para pengadil terus menimbang kes yang bakal memberi kesan dampak bagi pertikaian maritim di Asia dan di seluruh dunia. Tribunal memutuskan pada 29 Oktober 2015 bahawa ia mempunyai bidang kuasa dalam kes itu, dan keputusan akhir dijangkakan dibuat kira-kira pada tahun depan.

LIHAT SELANJUTNYA DARIPADA AMTI
Ciri-ciri

Analisis (Bahasa Inggeris)

 

 

KUASA KETENTERAAN


Imbangan kuasa ketenteraan konvensional di Asia Timur telah bertukar dengan kebangkitan China. Sebagai respons kepada desakan daripada Beijing yang semakin meningkat, ahli sekutu A.S. dan rakannya juga meningkatkan keupayaannya, tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Kerjasama keselamatan berkembang dengan pantas antara Amerika Syarikat dan rakan serantau, dan antara negera-negara Asia, termasuk Australia, Jepun, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

LIHAT SELANJUTNYA DARIPADA AMTI
Ciri-Ciri

Analisis

 

LAUTAN HINDI


Lautan Hindi biasa terlepas daripada pandangan dalam analisis litoran Asia-Pasifik, tetapi ini makin mengabaikan realiti yang bertukar di rantau itu. Keupayaan tentera laut India kian meningkat dan persaingan antara Delhi dan Beijing dalam rancangan China untuk mengukuhkan kehadirannya di Lautan Hindi meningkatkan peluang konflik pada masa hadapan. Pada masa yang sama, India makin mengambil tahu pertikaian Laut China Selatan, dan meningkatkan hubungan keselamatannya dengan negara-negara seperti Australia, Jepun dan Vietnam. Resolusi terkini bagi tuntutan-tuntutan bertindaih di Lautan Hindi juga memberi harapan kisah bertentangan bagi kemelutan pertikaian di Asia Timur.

LIHAT SELANJUTNYA DARIPADA AMTI
Ciri-Ciri

Analisis

 

 

DIPLOMASI TAHAP TINGGI


Tahun sebelumnya melihatkan pertikaian maritim Asia, dan Laut China Selatan secara khusus, diletakkan di tahap tertinggi agenda diplomatik serantau dan global. Sewaktu lawatan-lawatan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ke Washington, antara banyak lagi lawatan bilateral yang dilanjutkan serantau, isu maritim ditampilkan dan perjanjian-perjanjian penting dibuat yang bakal membantu membentuk asas strategik di Asia pada tahun-tahun akan datang. Pada masa yang sama, fora berbilang pihak seperti Dialog Shangri-La yang melihatkan pelbagai kuasa Pasifik berjanji berusaha ke arah keselamatan maritim, sementara China berpegang teguh kepada skripnya mengenai Laut China Selatan.

LIHAT SELANJUTNYA DARIPADA AMTI
Ciri-ciri

 

 

STRATEGI A.S.


“Adakah Amerika Syarikat mempunyai strategi maritim di Asia?” Pembangunan pada tahun 2015 telah membantu menjawab soalan itu, jika hanya secara separa. Jabatan Pertahanan telah mengeluarkan Strategi Keselamatan Maritim Asia-Pasifiknya, yang menjelaskan niat A.S. dan cabaran-cabaranrantau. Tentera laut A.S. terlibat dalam operasi kebebasan pelayaran pertamanya di Pulau Spratly selepas beberapa tahun, justeru mencabar pengehadan China terhadap transit berhampiran pulau buatannya. Apabila disatukan dengan usaha diplomatik di negara-negara seperti Filipina dan Vietnam, pembangunan ini dan lain-lain membantu mendedahkan trajektori strategi A.S. di perairan dipertikaikan di Asia.

LIHAT SELANJUTNYA DARIPADA AMTI
Ciri-ciri

Analisis