Pembinaan landasan kecil China di terumbu Fiery Cross, Mischief dan Subi, dan pembangunan paling terkini di Pulau Paracel telah mendominasi perbincangan Laut China Selatan. Tetapi kemampuan yang dimajukan di kota kara Pulau Spratly yang lebih kecil—terumbu Gaven, Hughes, Johnson South dan terutama sekali Cuarteron—akan membuktikan kepentingan seiring strategi jangka panjang Beijing. Walaupun ketara, pengaturan kedudukan misil permukaan-ke-udara HQ-9 pada bulan ini di Pulau Woody di Paracel tidak mengubah imbangan ketenteraan di Laut China Selatan. Namun, kemudahan radar baru yang dibangunkan di Spratlys boleh mengubah landskap operasi dengan ketara di Laut China Selatan. Pembangunan landasan kapal terbang baru dan keupayaan pertahanan udara juga menandakan strategi anti-akses jangka panjang oleh China—di mana China akan dapat menegakkan kawalan berkesan laut dan ruang udara di seluruh Laut China Selatan.
Pembangunan di Terumbu Cuarteron, ciri paling selatan di antara ciri-ciri yang diduduki China di Laut China Selatan, adalah sangat penting. Pembinaan kemudahan di Cuarteron nampaknya hampir selesai dan pulau buatan ini kini meliputi kira-kira 52 ekar (211,500 meter persegi). Barangkali dua menara radar telah dibina di bahagian utara ciri, dan beberapa tiang 65 kaki (20 meter) telah didirikan di kebanyakan daripada bahagian selatan ciri itu. Tiang-tiang tersebut barangkali adalah pemasangan radar berfrekuensi tinggi, sepertimana yang dispekulasikan buat pertama kali di The Diplomat, dan yang akan memperkukuhkan keupayaan China untuk memantau lalu lintas permukaan dan udara bahagian selatan Laut China Selatan. Selain kemudahan radar ini, China telah membina kubu pertahanan terbenam dan rumah api di bahagian utara ciri tersebut, beberapa bangunan dan helipad di tengahnya, peralatan komunikasi di selatannya, dan sebuah bagan dengan kren pemuatan di hujung barat kota kara itu.
China telah pun memiliki liputan radar yang besar terhadap bahagian utara Laut China Selatan dengan kemudahannya di tanah besar dan di Kepulauan Paracel. Selain mungkin berupaya meliputi kawasan-kawasan jauh ke selatan dengan radar melebihi lingkungan di tanah besar, peletakan radar berfrekuensi tinggi di Terumbu Cuarteron akan meningkatkan dengan ketara kebolehan China untuk memantau trafik permukaan dan udara yang datang dari utara dari Selat Melaka dan saluran-saluran lain yang penting dan strategik (sebanyak mana akan bergantung kepada pengkhususan radar yang diletakkan di situ). Liputan radar yang dipertingkatkan adalah penting—bersama-sama denganpertahanan udara yang diperkukuhkan dan capaian lebih luas bagi pesawat Cina—ke arah matlamat China untuk mewujudkan kawalan yang berkesan ke atas laut dan ruang udara melalui sembilan garis putusnya.
Cara ketiga-tiga kebolehan ini bertindih diserlahkan dalam peta interaktif di bawah. Untuk tujuan ilustrasi, julat radar ditunjukkan sebagai 300 kilometer dari Terumbu Cuarteron dan 50 kilometer daripada ciri-ciri lain yang diketahui untuk berkemungkinan memiliki menara radar. Julat pejuang ditunjukkan berdasarkan J-10 China. Untuk menghidupkan tau mematikan togol setiap lapisan, klik pada kotak lungsur di bahagian atas kanan grafik.
PERKEMBANGAN DI CIRI -CIRI YANG LAIN
Pembinaan di terumbu-terumbu Gaven, Hughes dan Johnson South juga hampir siap dan kemudahan radar pada setiap satu akan memainkan peranan dalam meningkatkan kebolehan China untuk memantau dan memberi respons kepada aktiviti di Laut China Selatan. Kepulauan tiruan di Terumbu Gaven sekarang menampilkan bagan dengan barangkali kren punggah, tambangan, helipad dan barangkali kubu pertahanan terbenam di bahagian selatannya. Usaha penebusgunaan tanah kelihatannya sedang berjalan di bahagian timur helipad. Bahagian tengah ciri itu mempunyai bangunan besar dengan kemungkinan penempatan senjata api, tatasusunan suria, dan barangkali menara komunikasi. Bahagian utaranya menempatkan helipad kedua, bangunan penyokong dan barangkali radar
Kota kara China di Terumbu Hughes merangkumi sebuah bangunan besar dengan kemungkinan empat penempatan senjata api, lapangan rekreasi dan beberapa bangunan kecil di bahagian baratnya dan bagan dengan kren punggah, helipad, barangkali menara radar dan kemungkinan kubu pertahanan terbenam di sebelah timur. Terdapat juga usaha penebusgunaan tanah sedang berjalan di selatan bangunan utama di bahagian barat.
Pulau buatan China di Terumbu Johnson South merangkumi sebuah bangunan besar di hujung tenggaranya dan beberapa bangunan kecil, barangkali tatasusunan suria, rumah api, helipad dan bagan dan sekurang-kurangnya dua barangkali radar, di bahagian utara dan timur ciri tersebut.