Krisis di Laut China Timur yang berkembang secara perlahan-lahan menjadi semakin nyata terbongkar, dan tertumpu kepada Kepulauan Senkaku yang dipertikaikan, atau dipanggil Diaoyu di China (lihat imej satelit di bawah), dalam persaingan untuk mendapatkan sumber dasar laut. Setiap tahun, kekerapan interaksi berbahaya antara dua pihak maritim dan pasukan udara semakin meningkat. Ini adalah persaingan keberanian yang semakin meningkat, yang mana Beijing menambah tekanan sedikit demi sedikit terhadap kawalan pentadbiran perairan dan ruang udara Jepun di atas Laut China Timur, sementara Tokyo kekal dengan keazamannya untuk tidak menyerahkan kawalan itu.
Pelanggaran yang tidak sengaja boleh mencetuskan krisis dengan pantas. Dan meskipun kedua-dua pihak terus menggunakan kapal pengawal pantai sebagai pelakon utama di sekitar Senkaku, Jepun mendapati mereka semakin terhambat, tahun demi tahun. Tidak lama lagi, kebuntuan penguatkuasa undang-undang terhadap kawalan pentadbiran perairan di sekitar kepulauan berkemungkinan berkembang menjadi kebuntuan laut. Akibatnya, China bukan satu-satunya pihak yang berusaha untuk mengubah permainan tersebut. Berhadapan dengan tekanan daripada China yang semakin meruncing, Jepun sedang mengambil langkah untuk menyokong keupayaan pertahanan dan pengawal pantainya di Kepulauan Barat Daya—wilayah yang berhampiran dengan Senkaku.
Walaupun Tokyo tidak mengeluarkan butiran lengkap tentang pasukannya di Kepulauan Barat Daya, laporan berita dan dokumen kerajaan memberikan gambaran keseluruhan yang baik terhadap kemudahan utama yang sedia ada dan naik taraf yang dirancang. Seperti yang dijangkakan, kemudahan tersebut telah disesuaikan untuk keupayaan pertahanan pulau, udara, laut dan pengawal pantai, risikan radar dan isyarat, dan pertahanan udara dan peluru berpandu.
- Yonaguni
- Unit Pencerapan Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF) yang terdiri daripada 160 kakitangan disediakan pada bulan Mac 2016.
- Tapak radar mengawasi pesawat dan kapal di Kubura dan Sonai berhampiran dengan Senkaku
- Ishigaki
- Pejabat dan stesen udara Pengawal Pantai Jepun (JCG), termasuk 600 kakitangan dan 10 kapal 1,500 tan kapal ronda.
- Rancangan pengerahan 500-600 kakitangan JGSDF.
- Rancangan persediaan peluru berpandu antikapal dan peluru berpandu dari permukaan-ke-udara.
- Miyako
- Pejabat JCG.
- Stesen radar Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun (JASDF) dan kemudahan risikan elektronik (ELINT).
- Rancangan penambahan fungsi pertahanan peluru berpandu balistik pada radar J/FPS-7 yang sedia ada di bawah belanjawan FY2017.
- Rancangan pengerahan 700-800 kakitangan JGSDF.
- Rancangan persediaan peluru berpandu antikapal dan peluru berpandu permukaan-ke-udara.
- Kume
- Pangkalan JASDF dan tapak radar pertahanan udara.
- Okinawa
- Ibu pejabat rantau JCG di Naha, termasuk 1,700 kakitangan, 6 kapal ronda 1,000 tan atau lebih besar, dan 2 kapal ronda yang dilengkapi helikopter.
- Stesen JCG di Nago dan pejabat di Nakagusuku.
- Pangkalan Laut Okinawa Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF), bersebelahan dengan Kemudahan Laut White Beach A.S. di Uruma.
- Pangkalan Udara Naha, dengan 4 JASDF E-2C Hawkeye pesawat amaran awal udara, 40 F-15J jet pejuang Eagle (digandakan dari 20 pada bulan Januari 2016), dan pesawat ronda JMSDF termasuk P-3C Orion.
- Pangkalan JASDF di Onna, Chinen, dan Yozadake; termasuk stesen radar J/FPS-5 untuk pertahanan peluru berpandu balistik di Yozadake.
- Bateri peluru berpandu permukaan-ke-udara di Okinawa selatan.
- Bateri PAC-3.
- Okinoerabu
- Pangkalan JASDF dan tapak radar pertahanan udara.
- Rancangan penambahan fungsi pertahanan peluru berpandu balistik pada radar J/FPS-7 yang sedia ada di bawah belanjawan FY2017.
- Amamioshima
- Pangkalan JASDF.
- Rancangan pengerahan 550 kakitangan JGSDF.
- Rancangan penyediaan bateri peluru berpandu antikapal dan peluru berpandu permukaan-ke-udara.
- Rancangan mengadakan tapak pengerahan amaran mudah alih dan radar kawalan sebagai sebahagian daripada belanjawan FY2017.
China terus menguji kawalan pentadbiran perairan Jepun di sekitar Senkaku melalui rondaan yang kerap. China telah mewujudkan corak rondaan kerap, dengan jumlah bilangan kapal pemerintah China yang memasuki laut wilayah di sekitar kepulauan tersebut kekal stabil secara relatif pada 7 hingga 12 sebulan. Angka ini telah menurun dengan ketara daripada jumlah tinggi sebanyak 28 pada bulan Ogos 2013. Corak ini dibatalkan hanya sekali, pada bulan Ogos 2013 apabila 23 kapal kerajaan China memasuki laut wilayahnya, kadangkala secara berulang kali, sambil mengiringi beratus-ratus kapal nelayan ke kepulauan itu. Ketibaan kumpulan kapal itu serentak dengan pemansuhan sekatan tangkapan ikan China di Laut China Timur, yang berlaku dari bulan Mei hingga Ogos setiap tahun.
Meskipun terdapat ilusi status quo baru yang stabil, AMTI telah sebelum ini mendokumenkan bahawa kapal China yang memasuki perairan yang dituntut Jepun kini semakin besar dan lebih dilengkapi senjata bulan demi bulan. Sejak kejadian bulan Ogos 2016, kapal kerajaan China juga dilaporkan telah mula berlegar-legar di perairan sekitar Senkaku untuk tempoh yang lebih lama setiap kali, lagi mencabar pentadbiran Jepun. Larangan menangkap ikan tahunan China bermula sekali lagi pada 1 Mei dan terdapat sebab untuk berasa bimbang bahawa tamat tempohnya pada bulan Ogos akan membawa kumpulan kapal nelayan China yang besar ke Senkaku, dan dengan itu, satu lagi alasan untuk China menguji keazaman Jepun.
Jepun juga terpaksa mengerahkan pesawat pejuangnya dengan kekerapan yang tidak pernah dialami sebagai tindakan memintas pencerobohan ke dalam zon pengecam pertahanan udaranya (ADIZ) oleh kedua-dua pengebom Rusia dari utara dan dan pesawat penggembur China di selatan. Pada tahun FY2016, JASDF menggerakkan pesawat-pesawatnya sebanyak 301 kali untuk memintas pesawat Rusia dan 851 kali terhadap pesawat penggempur China. Secara keseluruhannya pengerahan sebanyak 1,152 kali adalah yang tertinggi untuk JASDF, mengalahkan rekod sebanyak 937 kali pada tahun 2014 (yang mengalahkan rekod pada tahun 1984 semasa Perang Dingin). Trend yang membimbangkan ini banyak di didorong oleh aktiviti China di Laut China Timur. Pengerahan pintasan pesawat Rusia meningkat sedikit daripada 288 kali pada tahun FY2015, tetapi kekal kurang daripada 464 kali pada tahun 2014. Pengerahan pintasan pesawat China pula meningkat daripada 571 kali pada tahun FY2015 dan telah meningkat secara terus-menerus tahun demi tahun, daripada hanya 96 kali pada tahun 2010.
Trend mendadak pencerobohan China di ADIZ Jepun dan pengerahan yang dilakukan oleh JASDF seharusnya amat membimbangkan. Kejadian ini terlalu kerap menyebabkan pertemuan rapat yang berbahaya, seperti dua kejadian antara pejuang Su-27 China dan pesawat tentera Jepun pada tahun 2014. Setiap peristiwa sebegitu mewujudkan kemungkinan berlakunya salah anggap yang boleh mengakibatkan tragedi. Dengan wujudnya ketegangan yang semakin meningkat di Laut China Timur dan tahap kepercayaan yang rendah antara Beijing dan Tokyo, pelanggaran di udara boleh mencetuskan krisis yang pasti sukar untuk diatasi.
Galeri Kepulauan Senkaku