Filipina telah memulakan pembaikan yang telah lama tertunda pada landasannya yang semakin musnah di Pulau Thitu atau Pag-asa, yang terbesar daripada sembilan kota karanya di Kepulauan Spratly dan merupakan rumah kepada 100 orang awam dan sebuah garison ketenteraan kecil. Thitu terletak hanya 12 batu nautika dari pangkalan udara dan lautan China di Terumbu Subi, dan telah merupakan tapak perselisihan yang tegang dengan sebuah flotila China pada bulan Ogos lalu. Pegawai pertahanan Filipina pada bulan April 2017 mengumumkan bahawa mereka akan menaik taraf kemudahan di kepulauan dan terumbu negara tersebut, tetapi sehingga kini, hanya sedikit kerja-kerja yang jelas telah dilakukan. Selain pembaikan landasan, perbandingan imej terkini dengan foto dari bulan Februari 2017 menunjukkan penaiktarafan kecil terhadap kemudahan di Thitu dan tiga kota kara lain pada tahun lepas.
Imej satelit dari bulan Mei 17 menunjukkan dua buah tongkang yang berlabuh di persisiran barat landasan Pulau Thitu, yang telah runtuh ke dalam laut beberapa tahun yang lalu. Kelihatannya terdapat sebuah kapal korek, yang terdiri daripada sebuah kren dengan baldi kaut, dipasang di atas tongkang yang lebih kecil di sebelah barat, manakala yang lain membawa sebuah pengorek-kaut. Enapan daripada kerja pengorekan boleh dilihat di dalam air di sekeliling dua kapal tongkang tersebut dan pasir yang baru didepositkan dapat dilihat di sepanjang pinggir utara landasan tersebut.
Kaedah pengorekan ini serupa dengan apa yang digunakan oleh Vietnam di beberapa kota karanya pada beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun masih memudaratkan persekitaran marin, ia menjejaskan terumbu di sekeliling pada skala yang lebih kecil dan jauh lebih kurang merosakkan alam sekitar daripada pengorekan pemotongan sedut yang dijalankan oleh Cina, yang telah memusnahkan beribu-ribu ekar terumbu sejak tahun 2013 hingga awal tahun 2017.
Terumbu karang yang mengelilingi Thitu memustahilkan kapal-kapal besar untuk menghampirinya, seperti yang dibuktikan oleh bangkai kapal karat BRP Lanao del Norte, yang telah karam di persisiran barat laut terumbu pada tahun 2004 dan masih lagi wujud. Apabila pembaikan pada landasan Thitu dicadangkan dahulu pada tahun 2014, pegawainya mengatakan bahawa satu terusan akan perlu dikorek bagi membolehkan kapal yang lebih besar untuk menghantar jentera berat dan bahan pembinaan ke pulau tersebut. Ia berkemungkinan bahawa usaha pengorekan terusan tersebut masih merupakan sebahagian daripada rancangan pada masa ini.
Landasan udara di Pulau Thitu pada asalnya dibina pada tahun 1970an dan merupakan landasan yang pertama di Kepulauan Spratly. Panjangnya secara rasmi adalah 1,300 meter, tetapi angka sebenarnya adalah lebih hampir dengan 1,200 disebabkan oleh keruntuhan di bahagian barat. Itu, bersama dengan keadaan buruk permukaan landasan, telah menyukarkan pendaratan dan pelepasan C-130 Filipina seperti yang telah membawa Gen. Gregorio Catapang Jr., ketua Pasukan Tentera Filipina pada ketika itu, ke pulau tersebut pada bulan Mei 2015:
Selain permulaan kerja binaan di landasan, penaiktarafan lain dapat dilihat di sekitar Thitu. Sekurang-kurangnya tujuh bangunan baru telah dibina tahun lalu, dengan empat yang berdekatan dengan kawasan kediaman yang berada di persisiran timur pulau itu, satu berdekatan dengan kemudahan pentadbiran di tengahnya, satu lagi di sepanjang pantai utara, dan satu di hujung bahagian barat di sebelah gelanggang bola keranjang pulau itu yang baru dicat. Menteri pertahanan Delfin Lorenzana berkata pada bulan November bahawa negara itu telah mula membina sebuah tanjakan pantai yang baru untuk memudahkan lagi pembawaan masuk bekalan, tetapi tapak tersebut tidak kelihatan dalam imej 17 Mei disebabkan awan yang menutupi dan tiada tanjakan baru yang kelihatan seawal bulan Februari.
Selain naik taraf di Thitu, imej AMTI sebelum dan selepas menunjukkan penaiktarafan kecil di: Terumbu Commodore atau Rizal; Pulau Nanshan, atau Lawak; dan Loaita Cay, juga dipanggil sebagai Pulau Panata.
Sebuah pelindung berbumbung bulat baru telah dibina di bahagian timur kota kara kecil Filipina di Terumbu Commodore, yang boleh dilihat dalam imej dari 1 Mei.
Sebuah padang yang kosong di Pulau Nanshan telah ditukar menjadi helipad pada 20 Februari 2018.
Di Loaita Cay, sebuah beting pasir kecil yang merupakan sebuah pelindung heksagon tambahan telah menyertai kota kara sederhana itu, kelihatan dalam imej ini dari 17 Mei 2018. Filipina sebahagian besarnya mentadbir Loaita Cay dari Pulau Loaita atau Kota, di bahagian tenggara.
Lokasi kota kara ini, yang dipanggil oleh Filipina sebagai Pulau Panata, sering disalah laporkan sebagai berada di Lankiam Cay di sebelah timur Pulau Loaita. Walaupun laporan menunjukkan Lankiam suatu ketika dulu adalah sebuah cay kecil yang berpasir, kelihatannya telah dihanyutkan, meninggalkan hanya satu terumbu yang ditenggelami dan bar pasir kecil yang beralih. Jika pernah terdapat sebuah kemudahan Filipina di sana, ia telah dipindahkan ke Loaita Cay dan mengambil nama “Pulau Panata.”
Lima lagi kota kara Spratly Filipina, di Pulau Loaita, Northeast Cay, Pulau York Barat, Pulau Flat, dan Beting Thomas Kedua (di mana BRP Sierra Madre yang sengaja didaratkan bertindak sebagai kemudahan kekal) tidak menunjukkan sebarang naik taraf yang ketara pada tahun lepas.