Gambaran satelit Terumbu Bombay terkini di Kepulauan Paracel menunjukkan bahawa China telah memasang sebuah platform baru di pulau Lautan China Selatan tersebut, di mana sebahagian besarnya tidak disentuh dan juga dituntut oleh Taiwan dan Vietnam. Struktur yang baru dan sederhana itu kelihatan telah dilabuhkan di pinggir utara terumbu dan ditutupi radom dan panel suria. Pembangunannya menarik memandangkan lokasi strategik Terumbu Bombay, dan kemungkinan yang pengerahan pantas struktur tersebut boleh diulangi di bahagian lain Laut China Selatan.
Terumbu Bombay terletak di pinggir tenggara Kepulauan Paracel dan, seperti rantaian yang lain, telah ditadbir oleh China sejak 1974. Tetapi sehingga musim panas ini, satu-satunya struktur buatan di atas terumbu yang kebanyakannya di bawah air itu adalah sebuah rumah api di sisi baratnya yang berdekad usianya . Pangkalan luar China terdekat ialah Pulau Lincoln 39 batu nautika ke timur laut, Pulau Woody 47 batu nautika ke utara, Pulau Duncan 50 batu nautika ke barat laut, dan Pulau Tritan 75 batu nautika ke barat.
Platform baru itu muncul di terumbu tersebut buat pertama kali dalam gambaran satelit bertarikh 7 Julai 2018; ia tidak kelihatan dalam gambaran awal dari bulan April. Ia berukuran kira-kira 90 kaki (27 meter) panjang dan 40 kaki (12 meter) lebar dan tertimbul di atas perairan sepanjang beberapa jarak. Struktur itu ditutupi sebuah radom yang berukuran kira-kira 20 kaki (6 meter) dalam diameter dan susunan panel suria yang meliputi lebih 1300 kaki persegi (124 meter). Superstruktur tersebut menyembunyikan segala kemudahan atau peralatan lain yang mungkin tersimpan di dalam platform itu.
Adalah sukar untuk mengenal pasti dengan tepat penggunaan struktur itu dari gambaran, tetapi ada beberapa penjelasan yang lebih berkemungkinan daripada yang lain. Satu penjelasan bukan ketenteraan adalah bahawa platform itu mungkin bertindak sebagai bantuan navigasi untuk kapal-kapal yang transit berdekatan dengan Paracel. Walaubagaimanapun, platform tersebut kelihatan luar biasa besar dan canggih untuk sesuatu fungsi yang boleh dilakukan oleh sebuah boya yang lebih kecil atau satu siri boya. Ia kelihatan berlebihan, memandangkan Terumbu Bombay sudah ada sebuah rumah api yang bertindak sebagai bantuan navigasi.
Kemungkinan yang lebih besar, adalah sifat ketenteraan Terumbu Bombay, memandangkan lokasi strategiknya. Terumbu itu tepat bersebelahan dengan lorong perkapalan utama yang terletak di antara Kepulauan Paracel dan Spratly ke selatan, menjadikannya lokasi yang menarik untuk sebuah susunan sensor yang memperluaskan radar atau isyarat pengumpulan risikan China di seluruh lorong laut penting itu. Radomnya kecil secara relatif, terutama sekali apabila dibandingkan dengan susunan sensor besar yang dibina berdekatan dengan Pulau Woody atau di atas pangkalan-pangkalan penting China di Kepulauan Spratly, jadi keupayaannya juga berkemungkinan sederhana. Ada kemungkinan besar bahawa bekalan kuasa merupakan faktor pembatas. Terumbu Bombay tidak ada pangkalan atau apa-apa kemudahan penjanaan kuasa, jadi platformnya harus mampu diri. Panel suria yang melapisi bahagian atasnya mungkin adalah satu-satunya sumber elektriknya, atau menguatkan penjana di dalam kemudahan di bawah superstruktur tersebut.
Dengan pembangunan keupayaan pantas China di Kepulauan Paracel dan Spratly, satu-satunya jurang yang mungkin ada dalam domain kesedaran Laut China Selatan ialah di timur laut di sekitar Terumbu Scarborough dan di perairan di antara Kepulauan Spratly dan Paracel. Segala pembangunan keupayaan ke bahagian selatan dan timur Terumbu Bombay akan membawa China lebih dekat kepada matlamatnya untuk memantau dan menonjol kuasanya merentas seluruh laluan air.
Selain itu, pengerahan platformnya yang pantas dan jejak alam sekitarnya yang kecil adalah sangat berbeza daripada proses pengorekan dan penebusgunaan intensif yang menandakan pengembangan terumbu Spratly oleh China dalam tahun kebelakangan ini. Jika struktur tersebut menempatkan sebuah susunan sensor, ia menunjukkan bahawa Beijing berupaya untuk mendirikan sebuah kemudahan tetap dengan pantas untuk meluaskan domain kesedarannya sekeliling suatu pulau yang dipertikaikan tanpa menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan kerosakan reputasi yang diiringi kempen pembinaan pulau yang terlebih dahulu. Pembinaan pantas berimpak rendah seperti ini boleh diulangi di kawasan lain seperti Terumbu Scarborough, kawalan yang telah dirampas oleh China dari Filipina pada tahun 2012. Filipina dan Amerika Syarikat bimbang bahawa China akan membina sebuah pangkalan luar tetap di Scarborough, dan kerajaan A.S. dilaporkan telah menghalang rancangan sedemikian pada awal tahun 2016. Tetapi berbanding dengan pengorekan dan penebusgunaan, pendirian sebuah platform sederhana akan menjadikannya lebih sukar untuk dihalang pada masa semasa dan untuk menghimpun kecaman antarabangsa terhadap fakta itu.