Pada awal bulan September 2015, AMTI mengeluarkan imej yang menunjukkan bahawa China telah menyelesaikan pembinaan landasan terbang Kepulauan Spratly yang pertamanya di Terumbu Fiery Cross, meneruskan kerja di landasan yang kedua di Terumbu Subi dan bersedia untuk memulakan kerja bagi yang ketiga di Terumbu Mischief. Empat bulan kemudian, China bukan sahaja telah mendaratkan tiga penerbangan awam ujian di Fiery Cross, namun sedang memajukan kerjanya di Subi dan terutamanya Mischief dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan . Pembinaan landasan terbang Fiery Cross mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh bulan daripada permulaan penggredan, yang telah kelihatan pada bulan Februari 2015. Kerja di Subi, di mana penggredan bermula pada bulan Jun atau Julai, kelihatan berterusan lebih cepat sedikit. Dan di Mischief, di mana penggredan bermula pada bulan September atau Oktober, pembinaan telah hampir selesai hanya tiga hingga empat bulan kemudian. Sementara itu China sedang membina kemudahan lain dengan cepat di kedua-dua Mischief dan Subi.
PEMBANGUNAN DI TERUMBU MISCHIEF
Terumbu Mischief terletak hanya 21 batu nautika daripada BRP Sierra Madre, yang didaratkan dengan sengaja oleh Filipina di Beting Second Thomas pada tahun 1999 dan diduduki satu kontinjen marin Filipina. China telah mengekalkan kehadiran pengawal pantainya secara berterusan di sekitar Second Thomas sejak tahun 2013 dan cuba mencegah pembekalan semula Sierra Madre pada bulan Mac 2014. Mischief juga lebih kurang 60 batu nautika daripada Reed Bank, di mana Filipina berharap untuk menggerudi endapan lapis luar semulajadi walaupun ditentang China. Lokasi strategik ini digabungkan dengan saiz pembangunan di Mischief (China telah menebusguna dua kali lebih banyak tanah di Terumbu Mischief berbanding yang dilakukannya di Fiery Cross dan lebih kurang 50 peratus lebih daripada di Subi) menjadi kebimbangan khusus Filipina.
Teumbu Mischief pada 08 September 2015.

Terumbu Mischief pada 08 Januari 2016.

PEMBANGUNAN LANDASAN TERBANG
Kerja landasan di Terumbu Mischief sedang berkembang dengan agak cepat daripada di Fiery Cross atau Subi. Kerja persediaan telah dimulakan pada permulaan bulan September, namun landasan itu sendiri tidak kelihatan. Landasan pasir yang terbentuk sepenuhnya dan dimampatkan dapat dilihat pada 19 Oktober dan pada 5 Disember landasan dan apron telah ditutupi kerikil dan lebih kurang 500 kaki konkrit. Pada 8 Januari konkrit telah menutupi kebanyakan daripada landasan itu, yang kelihatan hampir siap.
Hujung selatan landasan Terumbu Mischief pada 19 Oktober.
Hujung selatan landasan Terumbu Mischief pada 5 Disember.

Hujung selatan landasan Terumbu Mischief pada 8 Januari.

KEMAJUAN LAIN PADA MISCHIEF
Keseluruhan landasan di Terumbu Mischief pada 8 Januari.

Bahagian barat laut Terumbu Mischief pada 8 Januari, termasuk tembok laut dan infrastruktur yang baru dibina termasuk perumahan, padang perbarisan turf buatan, loji simen dan kemudahan limbungan.

Pulau buatan di hujung selatan Terumbu Mischief, pada 8 Januari, menunjukkan tembok laut yang baru dibina pada bahagian utara dan dok yang telah siap.

PEMBANGUNAN DI TERUMBU SUBI
Subi berada di hujung utara Spratlys, hanya 13 batu nautika daripada Pulau Thitu ciri utama yang diduduki Filipina, dan didiami oleh populasi kecil orang awam. Subi juga kurang daripada 40 batu nautika daripada Itu Aba Taiwan, yang merupakan ciri semula jadi terbesar di Spratlys. Subi menjadi sasaran operasi kebebasan pengemudian yang dinanti-nantikan (yang juga melalui dekat dyngan empat ciri-ciri yang lain yang tidak ditempati oleh China) pada 26 Oktober.
Terumbu Subi pada 3 September 2015.

Terumbu Subi pada 8 Januari.

PEMBANGUNAN LANDASAN TERBANG
Pembinaan landasan terbang di Terumbu Subi hampir siap selepas enam atau tujuh bulan kerja. Pada 19 November, lapisan dasar pasir untuk landasan telah dimampatkan dan terusan-terusan digali untuk panduan konkrit. Pada 21 Disember, lapisan dasar kerikil telah diletakkan di hampir semua landasan dan beberapa landasan konkrit telah kelihatan di hujung utaranya (bahagian bawah foto di bawah). Pada 8 Januari, hujung selatan landasan (tidak digambarkan) telah diturap dengan konkrit seperti mana hampir semua landasan dan apron di hujung utara, sementara dasar kerikil telah disiapkan dan landasan konkrit telah kelihatan di bahagian tengah.
Bahagian tengah landasan Terumbu Subi pada 19 November.

Bahagian tengah landasan Terumbu Subi pada 21 Disember..

Bahagian tengah landasan Terumbu Subi pada 8 Januari.

Hujung utara landasan Terumbu Subi pada 21 Disember.

Hujung utara landasan Terumbu Subi pada 8 Januari.

PERKEMBANGAN LAIN DI SUBI
Kapal pengangkut besar yang membawa unit perumahan sementara melalui terusan ke dalam lagun Terumbu Subi pada 8 Januari. Kerja mengorek untuk mendalamkan dan meluaskan terusan, yang telah berjalan pada bulan September, telah disiapkan.

Infrastruktur utama terletak di bahagian barat laut Terumbu Subi, pada 8 Januari. Tembok laut dan dok telah dibina, dan kerja diteruskan pada sebilangan bangunan yang dikuatkan.

Menara oktagon dengan ciri kon di atasnya, dan yang terletak di bahagian timur laut Terumbu Subi, hampir disiapkan pada 8 Januari. Menara itu berukuran 40 kaki di setiap bahagian dan setinggi 90 hingga 100 kaki.

Laporan lanjut oleh Financial Times mengenai pembangunan-pembangunan ini di sini.