Sejak tahun 2014, China telah mengembangkan dengan ketara kemampuannya untuk memantau dan mengunjurkan kuasa di seluruh Laut China Selatan melalui pembinaan dua pangkalan awam-tentera di penempatannya di Kepulauan Spratly dan Paracel yang dipertikaikan. Ini termasuk pembinaan tatasusunan radar dan komunikasi yang baru, landasan dan hangar untuk menempatkan pesawat tempur, dan pengerahan sistem peluru berpandu krus anti kapal dan peluru berpandu udara ke permukaan yang mudah alih.
Peta ini menunjukkan bagaimana kemampuan tersebut bertindih. Untuk tujuan ilustrasi, julat bagi radar frekuensi tinggi yang dikenal pasti digambarkan sebagai sejauh 300 kilometer, sementara julat bagi tatasusunan yang lebih kecil ditunjukkan sebagai 50 kilometer. Radius kombat untuk pesawat pejuang yang dipaparkan adalah berdasarkan pesawat pejuang J-11 China sementara julat pengebom adalah berdasarkan pengebom H-6 China, yang mana kedua-duanya telah dikerahkan sebelum ini ke Pulau Woody. Julat SAM dan peluru berpandu krus adalah berdasarkan sistem HQ-9, YJ-62 dan YJ-12B yang telah dikerahkan merentasi Pulau Woody, Terumbu Fiery Cross, Terumbu Mischief dan Terumbu Subi. Julat pesawat pejuang dan pengebom di Terumbu Fiery Cross, Mischief dan Subi menunjukkan pengerahan yang dijangkakan pada masa depan berdasarkan hangar yang dibina untuk menempatkan aset-aset tersebut.
Untuk melihat atau menyembunyikan setiap lapisan, tandakan dan nyahtandakan kotak yang berpadanan pada kekunci di bahagian atas sebelah kanan grafik. Untuk mengenal pasti maklumat bagi pangkalan dan gegelang julat individu, apungkan kursor di atasnya pada peta.