Pesawat-pesawat awam telah mendarat di terumbu Subi dan Mischief buat pertama kali pada 12 Julai, memberikan kepada China landasan yang beroperasi di Kepulauan Stratly yang dipertikaikan. Kecuali lawatan singkat oleh pesawat pengangkut tentera ke Terumbu Fiery Cross pada awal tahun ini, tiada bukti bahawa Beijing telah mengerahkan pesawat tentera ke kota kara tersebut. Tetapi pembinaan yang pantas hangar yang diperkukuhkan di ketiga-tiga ciri menunjukkan ini mungkin akan berubah. Setiap daripada ketiga-tiga pula kecil itu tidak lama lagi akan mempunyai ruang hangar bagi 24 jet pejuang serta 3-4 pesawat yang lebih besar.

Pembinaan di terumbu Fiery Cross, Subi, dan Mischief mematuhi rangka tindak standard. Hangar paling kecil dan yang paling banyak sedang dibina adalah dengan empat hingga enam hangar bagi setiap bangunan. Bangunan itu boleh dengan mudah menempatkan mana-mana pesawat pejuang Pasukan Tentera Udara atau Penerbangan Tentera Laut PLA, termasuk J-11 dan Su-30. Jenis kedua hangar-hangar ini adalah cukup besar untuk pengebom H-6 dan tangki pengisian semula minyak H-6U, pesawat pengangkut Y-8, dan pesawat Amaran Udara dan Sistem Kawalan KJ200. Hangar terbesar boleh menempatkan pesawat terbesar dalam flit China — pesawat pengangkut Y-20 dan Il-76, tangki pengisian semula minyak Il-78, dan pesawat pemantau KJ-2000.

 

TERUMBU FIERY CROSS


Pembinaan hangar jet pejuang kelihatannya siap di hujung selatan landasan dan telah hampir siap di sepanjang bahagian tengah landasan kecil. Di hujung utara, pembinaan set akhir hangar masih dalam peringkat awal lagi. Dua hangar sederhana dan satu hangar besar sedang dibina ke arah hujung selatan landasan.

 

TERUMBU SUBI


Kebanyakan hangar sedang dibina di selatan landasan, dengan beberapa hangar kecil di hujung utara. Semua hangar jet pejuang kelihatannya hampir siap. Dua hangar sederhana dan dua hangar besar sedang dibina di belakang hangar untuk pesawat-pesawat pejuang di hujung selatan landasan kecil, dan dijangka disambungkan ke landasan oleh satu jalan rayap selari tambahan.

 

TERUMBU MISCHIEF


Pembinaan hangar di Terumbu Mischef adalah di peringkat awal. Hangar kecil sedang dibina di sepanjang landasan sementara tiga hangar yang sederhana dan satu hangar besar sedang dibina di sepanjang apron di kawasan sebelah hujung utaranya.

 

PEMBANGUNAN LAIN


Selain pembinaan hangar dan infrustur sokongan udara lain yang berjalan pantas di terumbu Fiery Cross, Subi, dan Mischief, kemudahan lain telah muncul di ciri-ciri ini dalam bulan-bulan kebelakangan ini. Struktur heksagon yang tidak dikenal pasti pantas dibina di empat lokasi di setiap pulau kecil—sentiasa menghala ke arah laut. Kerja-kerja di struktur ini bermula pada bulan Mei di Fiery Cross dan pada bulan Julai di Subi dan Mischief. Setiap daripada ciri-ciri tersebut kini menempatkan satu set tiga menara, satu daripadanya lebih besar daripada yang dua lagi. Menara-menara ini tidak mempunyai kubah yang menandakan radar atau tatasusunan sensitif lain, dan lokasinya tidak konsisten dengan landasan atau infrastruktur lain merentasi tiga pulau kecil.  Struktur ini tidak kelihatan di mana-mana kota kara lain China di Paracels atau Spratlys.

Struktur Heksagon Tidak Diketahui

Struktur Menara Tidak Diketahui